Monday, August 12, 2013

Danga Bay

Semarak dengan aktiviti bertenaga dan penuh dengan kemeriahan yang tidak tertanding, Danga Bay menawarkan pengalaman unik yang mengesankan. Dengan kawasan seluas 1800 ekar dan persisiran pantai sepanjang 25 km. Danga Bay adalah sebuah pembangunan bersepadu persisiran pantai yang menggabungkan pusat kewangan, komersial, hiburan, pelesiran dan pusat kegiatan mesra keluarga yang unggul di Johor. Ia adalah sebuah Bandar dalam Bandar dengan kemudahan infrastruktur bertaraf dunia. Terletak hanya 5km dari Bandar Johor Bahru, Danga Bay telah menarik ramai warga tempatan dari seluruh Malaysia.

Teluk Danga atau lebih dikenali sebagai Danga Bay merupakan taman rekreasi yang terbesar dalam Negeri Johor. Ianya terletak berhampiran dengan Istana Bukit Serene dan kawasannya merangkumi seluas 1380 ekar.

Kawasannya yang terletak di persisiran pantai telah menjadikan ianya tempat yang amat sesuai untuk melakukan pelbagai aktiviti luaran seperti beristirehat, beriadah, berhibur, menjamu selera dan berkelah. Tambahan pula, pengunjung boleh menaiki bot atau feri untuk menikmati dengan lebih dekat lagi keindahan alam dan melihat pusat perikanan yang boleh diperolehi di Kampung Melayu.

Panduan: Lokasinya terletak di Jalan Skudai. Dari pusat Bandar, anda boleh menaiki teksi atau berjalan di sepanjang persisiran Pantai Lido.



No comments:

Post a Comment